Selangor kibar bendera separuh tiang hingga Isnin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan supaya bendera negeri itu dikibarkan separuh tiang selama tiga hari hingga Isnin ini. 

Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Karim dalam kenyataan memaklumkan, pengibaran bendera separuh tiang itu sebagai tanda menghormati kemangkatan Ratu Elizabeth II pada 9 September lalu. 

Menurut Haris, langkah itu juga bagi menzahirkan hubungan baik Sultan Selangor dan Almarhum Ayahandanya dengan Ratu Elizabeth. 

“Titah tersebut juga sebagai tanda menghormati kemangkatan Ratu Elizabeth selepas 70 tahun menaiki takhta. 

“Ratu Elizabeth II merupakan monarki yang paling lama bertakhta dalam sejarah United Kingdom (UK),” katanya dalam kenyataan. 

Baca artikel berkaitan: Pesuruhjaya British hargai ucapan takziah rakyat Malaysia atas kemangkatan Ratu Elizabeth II

Sementara itu, Selangor Royal Office dalam hantaran di Facebook memaklumkan, pekeliling kibaran bendera separuh tiang yang dipersetujui dalam mesyuarat Kerajaan Negeri itu hanya membabitkan bendera Selangor sahaja. 

“Menjunjung titah Sultan Selangor, bendera Negeri Selangor di Istana Alam Shah, Klang; Istana Bukit Kayangan, Shah Alam dan Istana Darul Ehsan, Putrajaya dikibarkan separuh tiang,” menurut hantaran itu. 

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pas hentikan kerjasama politik dengan Bersatu – Hadi Awang

MESYUARAT Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat menetapkan parti itu menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi...

More Articles Like This