Warga asing cedera dipukul, tiga lelaki tempatan diburu polis

Dari Penulis

SEORANG warga asing cedera selepas dipukul tiga lelaki tempatan dalam kejadian pergaduhan berhampiran sebuah kedai makan di Bandar Baru Menglembu, Ipoh, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, dalam kejadian pukul 6.22 petang itu, mangsa mengalami luka di kepala dan tangan akibat dipukul dengan menggunakan kayu dan kerusi.

“Polis kini sedang mengenal pasti identiti suspek dan sedang giat memburu ketiga-tiga suspek yang masih bebas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Gaduh kerana tuan rumah naikkan sewa

Yahaya berkata, beliau meminta kerjasama saksi kejadian untuk tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

“Sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Amy Crystal Barahen Tahir di talian 014-3909719,” ujarnya.

Katanya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This