Tangkap layar rakaman memaparkan aksi sekumpulan individu bergaduh kerana kenaikan harga sewa rumah.

GARA-gara menaikkan sewa rumah, penyewa bergaduh dengan tuan rumah di hadapan sebuah premis penghantar barang dekat Lemal, Pasir Mas, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Nasaruddin Md. Nasir berkata, pihaknya mengesan kejadian terbabit menerusi perkongsian klip video yang tular di laman Facebook.

@utusantvofficial

#KELANTAN Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Nasaruddin Md. Nasir berkata, kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan dan kedua2 pihak setuju selesai cara baik. #trendingnewsmalaysia #fyp #beritaditiktok

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Beliau berkata, siasatan mendapati penyewa telah berjanji untuk menyerahkan kunci rumah pada hari kejadian, tetapi gagal berbuat demikian sehingga menyebabkan berlaku pergelutan antara kedua-dua belah pihak.

Katanya, kedua-dua suspek telah dipanggil ke Ibu Pejabat Daerah Pasir Mas bagi diambil keterangan.

“Tiada sebarang kecederaan dialami dan hasil perbincangan kedua-dua pihak mengakui kesilapan dan mahu menyelesaikannya secara baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Enam lelaki bergaduh di Jalan Wayang, Kuching ditangkap

Sehubungan itu, orang ramai dinasihati supaya tidak mudah menyebarkan sebarang berita atau perkara yang tidak pasti bagi mengelakkan kebimbangan dan salah faham berlaku dalam kalangan masyarakat.

Sebarang maklumat berhubung dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas di talian 09-793 2222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram