Sedapnya kuih bakar labu ni. Sesuai dijadikan sajian sarapan atau minum petang keluarga. Cara membuatnya mudah dan tidak renyah. Bahan-bahan pun mudah didapati. Jom cuba!

BAHAN A
70 gm gula
80 ml air
4 helai daun pandan

BAHAN B
80 gm tepung gandum
90 ml air
90 ml santan
2 biji telur
50 gm labu – kukus sehingga lembut & lenyek
Secubit garam

CARA
1.BAHAN A : Masak gula dan air bersama beberapa helai daun pandan hingga mendidih. Ketepikan.
2.BAHAN B : Campur semua bahan B. Kacau sebati. Tuangkan air gula, biarkan selama ½ jam. Kacau, tapis dan tuangkan ke dalam acuan kuih bakar yang telah dipanaskan terlebih dahulu bersama minyak selama 10 minit. Taburkan bijan di atas adunan kuih bakar.
3.Kemudian bakar dalam ketuhar selama 50-60 minit.

Resipi : Zaleha Merican Yahaya – Sri Talamaz Enterprise

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Peminat sup ala mamak wajib cuba restoran ini #myfoodie #makanlocal #malaysianfoodie ♬ She Share Story (for Vlog) – 山口夕依

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram