Seminggu kunci mangga ‘bersarang’ dalam perut

Dari Penulis

BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itu peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan nasib malang seorang kanak-kanak apabila dia tertelan sebuah kunci mangga yang kini terperangkap dalam bahagian perutnya.

Tambah menyedihkan, sudah seminggu kunci mangga itu ‘bersarang’ dalam perut Muhammad Zulzalaly Wal Ikram, 8, yang merupakan penduduk Jalan Talang Tembaga Keluarahan Lemahabang di Indramayu, Jakarta Barat.

Lapor Tribunnews, hanya menerusi pembedahan kunci mangga itu dapat dikeluarkan dari perut Muhammad Zulzalaly.

Pengarah Hospital Daerah Indramayu, deden Bonni Koswara berkata, setakat ini, keadaan pesakit masih baik dan dia tidak mengalami gejala serius.

“Jika dilihat dari keadaan sekarang, kanak-kanak itu tidak mengeluh apa-apa dan pemeriksaan fizikal juga baik,” katanya.

Namun tegasnya, kunci tersebut perlu segera dikeluarkan kerana jika terlambat dikhuatiri ia akan membahayakan kesihatan budak berkenaan.

Untuk itu jelasnya, pihaknya akan mempercepatkan penilaian bagi memantau kesihatan Muhammad Zulzalaly.

Ini kerana, pasukan perubatan bimbang kunci itu boleh memasuki ususnya.

“Kerana kalau sudah berada di usus, ia boleh mengakibatkan jangkitan pada usus kanak-kanak itu, katanya.

Sementara itu, Muhammad Zulzalaly ketika ini sedang menunggu proses Badan Penyelenggaraan Jaminan Sosial (BPJS) selesai untuk digunakan bagi rawatannya.

Dia kemudiannya akan dirujuk ke Hospital daerah Gunung Jati Cirebon.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Abdul Hadi umum beberapa perkara penting esok, Pas buat keputusan Rabu

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan mengumumkan beberapa perkara penting ketika merasmikan Konvensyen RESET Malaysia yang akan...

More Articles Like This