Dr Mahathir cadang PRU-15 selepas musim banjir

Dari Penulis

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan supaya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan selepas musim banjir bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini terhadap pengundi yang keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan sesi dialog dan suai kenal bersama badan bukan kerajaan (NGO) di sini hari ini, Dr Mahathir berkata selain mengambil kira faktor keselamatan, bencana banjir juga menyukarkan pergerakan pengundi.

“Masa yang sesuai ialah waktu tenang bukan sewaktu bencana, tidak berlaku banjir atau angin kencang. Kalau musim banjir bukan sahaja sukarkan pergerakan malah mungkin mendatangkan musibah seperti kecederaan atau kematian.

“Sebab itu waktu banjir tidak sesuai untuk adakan pilihan raya,” katanya ketika ditanya tarikh yang sesuai untuk pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15.

Beliau berkata setiap parti yang bertanding juga dapat membuat persediaan rapi sekiranya PRU15 diadakan bukan ketika musim banjir.

Dalam pada itu, beliau berkata Gerakan Tanah Air (GTA) masih belum menetapkan calon yang akan mewakili gerakan itu pada PRU15.

Ditanya perkembangan pendaftaran GTA, Dr Mahathir yang juga Pengerusi Penaja GTA berkata Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) akan memberikan maklum balas dalam tempoh sebulan dari tarikh penyerahan permohonan logo serta pendaftaran gerakan itu.

Pada 6 Sept lepas, jawatankuasa penaja GTA telah bertemu Ketua Pengarah RoS Mohd Nawardi Saad bagi menyerahkan dokumen berkaitan serta berbincang berhubung pendaftaran itu. 

GTA ditubuhkan pada 4 Ogos lepas, disertai empat parti iaitu Pejuang, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman).- BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Krisis Negeri Sembilan: Semua pihak perlu ikut jalur hukum yang sah – PM

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa semua pihak perlu mengikut jalur hukum yang sah serta menghormati Perlembagaan...

More Articles Like This