Ismail Sabri sampai Kenyataan Negara di UNGA ke-77 pagi ini

Dari Penulis

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menyampaikan Kenyataan Negara pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77, Jumaat.

Beliau dijadual memulakan ucapan di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 3.30 petang (3.30 pagi Sabtu waktu Malaysia).

Sesi petang prosiding hari ini akan dimulakan dengan ucapan oleh Perdana Menteri Antigua dan Barbuda Gaston Alphonso Browne, diikuti oleh rakan sejawatnya dari Iraq Mustafa Al-Kadhimi dan Ismail Sabri.

Ini adalah penampilan kedua Perdana Menteri di PBB, selepas menghadiri sesi ke-76 tahun lepas secara maya berikutan pandemik COVID-19.

Pada Selasa, Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah memberitahu media Malaysia bahawa Ismail Sabri dijangka berkongsi dalam ucapannya, beberapa pengalaman Malaysia dalam menangani pandemik dan cabaran global serta mengetengahkan beberapa penyelesaian kepada konflik global seperti situasi di Ukraine, Palestin dan Myanmar.

Saifuddin berkata tema sesi ke-77 itu, ‘Detik Peralihan: Penyelesaian Transformatif kepada Cabaran Bersaling Kait’, adalah tepat pada masanya dan membolehkan negara anggota memanfaatkan platform pelbagai hala itu untuk menangani isu yang dihadapi dunia.

Ucapan Perdana Menteri di UNGA itu akan disiarkan secara langsung di BERNAMA TV (Astro 502),  www.bernama.com dan platform media sosial Bernama. – BERNAMA


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This