Mangsa cedera di bahagian muka dalam kejadian kemalangan di Bukit Beruntung. GAMBAR: Polis.

SEORANG remaja perempuan cedera selepas motosikal yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di simpang Sekolah Kebangsaan Cina, Bukit Beruntung, 7.50 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, kemalangan berlaku sewaktu pemandu lori berusia 49 tahun membelok ke simpang tiga dan pada masa yang sama mangsa datang dari arah bertentangan.

Beliau berkata, mangsa berusia 15 tahun tidak sempat mengelak lalu melanggar sisi kiri lori tersebut.

“Mangsa telah mengalami cedera di muka dan dihantar ke Hospital Selayang bagi menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Mahasiswa patah gigi rempuh MPV secara ‘LIVE’

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat untuk berhubung dengan pihak polis bagi tindakan lanjut.

Katanya, kes kini disiasat di bawah Rule 3(2)(B) LN 166/59 atas kesalahan cuai keluar masuk simpang sehingga menyebabkan kemalangan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram