Tangkap layar rakaman siaran langsung memaparkan aksi seorang mahasiswa merempuh sebuah kereta.

SEORANG mahasiswa patah gigi selepas merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang disiarkan secara “LIVE” di Facebook.

Klip video aksi “LIVE” itu tular selepas kemalangan di Jalan BKR-Jalan Moh Toha, Kota Bandung, pada petang Rabu, dikongsi di media sosial sejak semalam.

Menerusi rakaman video tersebut, lelaki itu dilihat merakamkan dirinya menunggang dalam keadaan laju sebelum merempuh MPV yang berhenti di persimpangan lampu isyarat.

Memetik laporan Kompas.com, Ketua Unit Penguatkasaan Polis Trafik Bandung, Iptu Arif Saepul Haris mengesahkan menerima maklumat mengenai kejadian pada pukul 5 petang kelmarin.

Beliau berkata, penunggang yang dikenali sebagai FA merupakan seorang mahasiswa.

Jelasnya, polis telah menyoal keluarga mahasiswa terbabit dan masih menyiasat motif kejadian tersebut.

Baca artikel berkaitan: Masalah brek, pemandu lompat keluar sebelum lori rempuh tembok konkrit

“Keterangan telah diambil, tetapi keluarga mangsa tidak dapat menjelaskan secara terperinci motif sebenar mangsa merempuh dirinya kepada kereta tersebut,” ujarnya.

Mengulas lanjut, mangsa kini masih menerima rawatan di hospital dan tidak mengalami kecederaan parah.

“Mangsa kini sudah berada dalam keadaan sedar, cumanya gigi mangsa tercabut manakala motosikal mangsa mengalami kerosakan di bahagian hadapan,” jelasnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram