Tiga lelaki ditahan, curi kabel bernilai RM20,000

Dari Penulis

TIGA lelaki tempatan dipercayai terlibat dalam kejadian kecurian kabel bernillai RM20,000 di Jalan 6/11, Pandan Indah Commercial Park ditahan polis, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada pengadu pada pukul 10 malam, Khamis lalu.

Beliau berkata, pengadu mendapati mangga pada jeriji kabel di tangga pejabat telah diumpil.

Pengadu kemudian mendapati sebanyak empat ‘core armoured’ bernilai RM20,000 yang diletakkan di tangga telah hilang dipercayai dicuri.

Katanya, polis berjaya menangkap seorang lelaki keturunan Indonesia berusia 32 tahun dan dua lelaki India berusia 24 dan 34 tahun dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

“Suspek masing-masing ditahan di Lorong Kerdas Batu 6, Jalan Gombak dan Jalan Air Jerneh, Setapak pada pukul 10.30 dan 11.45 pagi semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Turut dirampas beberapa pakaian dan sebuah lori yang digunakan semasa kejadian beserta satu salinan resit bayaran penjualan kabel.

Mohamad Farouk berkata, semakan mendapati suspek pertama mempunyai tujuh rekod lampau jenayah dan dadah serta saringan air kencing positif dadah jenis methamphetamine.

Manakala, suspek kedua dan ketiga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan masing-masing negatif dadah.

“Modus operandi suspek adalah menyasarkan gelung kabel yang diletakkan di tangga rumah kedai”.

Sehubungan itu, suspek akan dibawa ke Mahkamah Ampang hari ini bagi permohonan reman dibawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This