134 saman dikeluarkan dalam Op Bersepadu di Kuala Terengganu

Dari Penulis

SEBANYAK 134 keping saman dikeluarkan dalam Op Bersepadu yang dijalankan di Jalan Bypass, Bukit Bayas, Kuala Terengganu pada 4 petang hingga 9 malam semalam.

Timbalan Ketua Polis Terengganu, Datuk Wan Rukman Wan Hassan berkata, operasi itu melibatkan Jabatan Siasatan dan Penguatkasaan Trafik bersama Jabatan Pengangkutan Jalan.

Katanya, sebanyak 17 buah motosikal telah disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan tiada sebarang tangkapan yang dilakukan.

“Jalan ini sering digunakan oleh golongan remaja untuk berlumba dan melakukan aksi melulu dan merbahaya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Rukman menasihatkan ibu bapa memantau aktiviti anak supaya tidak terlibat dengan perkara yang boleh mengundang kecederaan dan kemalangan jiwa.

Tegasnya, pihak polis akan mempertingkatkan operasi di hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan dan kesalahan lalulintas yang dilakukan oleh pengguna jalan raya.

Baca artikel berkaitan : Polis KL keluarkan 849 saman sejak Jumaat

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kertas siasatan aduan terhadap Azam Baki diklasifikasi NFA

KERTAS siasatan berhubung pengaduan Tei Jiann Cheing (Albert Tei) terhadap bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan...

More Articles Like This