Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi sotong sumbat yang Saji kongsikan ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN-BAHAN:
1 kg sotong – sederhana besar
5 biji telur
100 gm udang basah – cincang
8 ulas bawang merah – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
2 cm halia – kisar
8 tangkai cili padi
8 tangkai cili merah
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1.Telur dan udang digoreng hancur dan sumbatkan ke dalam sotong.
2.Tumis kesemua bahan kisar dan masukkan serbuk kunyit.
3.Masukkan sotong yang telah disumbat tadi dan garam secukup rasa. Biarkan ia mendidih seketika dan siap untuk dihidangkan.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Port makan sate sedap di Kajang #saterono #sate #satekajang #makanlokal #myfoodie #malaysianfoodie #fyp #foryou ♬ Slebew – DJ ALENGKA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram