POLIS sedang berusaha mengesan suspek yang terlibat dalam kes ragut rantai leher seorang lelaki di Setapak Jaya, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, ia susulan satu video berdurasi 25 saat yang tular di aplikasi Twitter berhubung kejadian tersebut, Jumaat lalu.
Ashari memberitahu, video berkenaan telah dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter nanmanjoi8715 yang memaparkan seorang lelaki bertindak meragut rantai leher mangsa di tepi jalan.
Menurut Ashari, mangsa telah membuat laporan pada Selasa lalu selepas kejadian tersebut berlaku.
Kata beliau, ketika kejadian, mangsa dilaporkan sedang berhenti di tepi jalan untuk membeli makanan di kawasan Setapak Jaya.
Baca artikel berkaitan: Peragut Taman Tunku ditahan orang awam
“Suspek kemudiannya telah datang dari arah hadapan dengan menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC berwarna biru hitam terus meragut rantai leher dipakai mangsa dan melarikan diri.
“Siasatan awal mendapati suspek ketika kejadian memakai topi keledar berwarna merah dan t-shirt berlengan panjang warna gelap,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Ashari berkata, satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan (samun tanpa senjata api).
“Ia membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat jika sabit kesalahan.
“Polis memohon kerjasama mana-mana saksi awam yang melihat kejadian yang berlaku untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

