‘BN musuh PN’ letakkan Pas dalam dilema – Khairuddin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KENYATAAN Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Barisan Nasional (BN) adalah musuh utama gabungan itu telah meletakkan Pas dalam dilema.

Perkara itu ditegaskan Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali dalam hantaran di Facebook.

Menurut Mohd. Khairuddin, ini kerana Pas baru sahaja berusaha membina kembali ‘jambatan yang sudah mula terbakar’ menerusi kenyataan Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bahawa BN bukan musuh Pas.

Beliau berkata, jambatan Muafakat Nasional (MN) yang mula terbakar menjadikan Pakatan Harapan (PH) kembali bernafas.

Mohd. Khairuddin mendakwa, agenda untuk memecahkan MN sentiasa berjalan.

Malah, Mohd. Khairuddin turut mengingatkan ahli Pas dan UMNO supaya berhati-hati dengan agenda perpecahan tersebut.

“Ia talian hayat kerjasama politik. Namun, ia tidak disenangi oleh sesetengah pihak yang akan terjejas dengan kerjasama MN ini.

“MN telah melakar sejarah kesatuan kalangan umat Islam dalam dua parti politik terbesar Melayu Islam.

“Percikan api pertembungan antara Pas dan UMNO sangat mudah merebak. Hanya dengan sedikit minyak, api menjadi marak kerana mereka telah bertembung selama 45 tahun sejak 1978,” katanya dalam hantaran tersebut.

Baca artikel berkaitan: PN selesai pembahagian kerusi tak lama lagi – Tuan Ibrahim

Mengulas lanjut, Mohd. Khairuddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, kehadiran MN telah menakutkan PH untuk berhadapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Mereka sudah membayangkan sekurang-kurangnya 28 kerusi Parlimen yang akan terlepas kembali ke tangan sama ada UMNO atau Pas menerusi MN.

“Maka tidak pelik perancangan dibuat untuk membakar jambatan MN,” jelas beliau.

Semalam, Muhyiddin ketika berucap pada sambutan Ulang Tahun Keenam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengingatkan bahawa BN adalah musuh utama PN yang perlu dilawan pada PRU-15.

Justeru, beliau yang juga Presiden Bersatu menyatakan bahawa parti komponen dalam PN perlu bergerak sebagai satu pasukan dan memiliki hala tuju yang sama, bukan mengeluarkan kenyataan atau pendirian bertentangan.

Sebelum ini, Pas menjelaskan musuh parti itu dalam PRU-15 adalah PH, bukannya UMNO.

Takiyuddin menegaskan, Pas terus mempelawa supaya kerjasama dengan UMNO diteruskan dalam menghadapi PRU-15 bagi memastikan sebuah kerajaan stabil dapat dibentuk jika berjaya menang pilihan raya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO berhak tentukan hala tuju sendiri menjelang pilihan raya – Asyraf Wajdi

UMNO menegaskan parti itu mempunyai hak mutlak untuk menentukan pendirian dan hala tuju politiknya sendiri menjelang mana-mana pilihan raya,...

More Articles Like This