Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Rakyat sudah lama tahu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipimpinnya (Tan Sri Muhyiddin Yassin) sememangnya memusuhi Barisan Nasional (BN) dengan objektif menamatkan BN.”

Itu kata Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan Muhyiddin tidak perlu beria-ia mengumumkan bahawa BN adalah musuh utama PN.

Menurut Ahmad Zahid, pengumuman Muhyiddin itu sekadar menunjukkan kekalutan Pengerusi PN itu untuk berdepan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang dijangkakan tidak lama lagi.

Dakwa beliau, segala bicara Muhyiddin mengenai kerjasama dengan BN sebelum ini hanyalah hipokrasi yang nyata dan kian terserlah tatkala PRU-15 semakin menghampiri.

Ahmad Zahid berkata, perlu difahami bahawa permulaan penubuhan Bersatu dengan ‘misi’ untuk bergandingan dengan Pakatan Harapan (PH) bagi melenyapkan BN khususnya UMNO.

“Selepas gagal, Bersatu mengubah taktikal mahu menguasai BN dalam usaha menyekat kebangkitan pemimpin UMNO yang pernah mereka zalimi.

“Juga dengan sasaran BN akan berada di bawah telunjuk Bersatu bagi diperkudakan untuk kepentingan politik mereka melalui perancangan scheme of things.

“Mujur sebahagian besar pimpinan BN termasuk Presiden UMNO ini dapat menghidu muslihat tersebut walaupun tidak dinafikan ada juga segelintir yang terpedaya,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Baca artikel berkaitan: ‘BN musuh utama’, Ahmad Maslan kata mungkin PN retak menanti belah

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata tidak pelik Muhyiddin tidak mengumumkan PH sebagai musuh utama PN walaupun pernah menyebut gabungan itu tidak selari dengan perjuangan Melayu, Islam dan rakyat Malaysia.

Katanya, Muhyiddin mungkin masih berharap membawa PN bekerjasama dengan PH yang tidak selari dengan perjuangan Melayu, Islam serta rakyat Malaysia.

Beliau berkata, satu-satunya pihak yang sedang keliru dan celaru dengan pengumuman Muhyiddin itu adalah pimpinan tertinggi Pas.

“Maka dengan pengumuman BN adalah musuh utama PN, seharusnya membuka mata dan minda yang pernah terpedaya untuk melihat kebenaran.

“Ahli-ahli Parlimen khususnya BN yang berada dalam Kabinet perlu memahami realiti bahawa mereka sedang dikelilingi oleh musuh dalam selimut.

“Selagi mana mereka mempertahankan komposisi Kabinet sedia ada bersama Bersatu, selagi itu kerajaan campuran yang mereka ‘pikul’ terdedah kepada risiko sabotaj.

“Pengerusi PN selaku Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) malah telah pun memulakan gerakan melampaui batas ‘menyerang’ Perdana Menteri,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram