Gaduh di pusat hiburan Jalan Tun Razak, tiga lelaki ditahan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

POLIS menahan tiga lelaki yang disyaki terlibat dalam kes pergaduhan sehingga mengakibatkan seorang lelaki warganegara Australia cedera parah di kawasan pusat hiburan di Jalan Tun Razak, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju telah menerima laporan kes pergaduhan itu pada jam 4.54 pagi.

Menurut Ashari, ketiga-tiga suspek lingkungan umur 20 hingga 30 tahun juga ditahan reman empat hari hingga Selasa ini.

Ashari memaklumkan, siasatan awal mendapati pergaduhan di Jalan Tun Razak itu melibatkan sekumpulan lima hingga enam orang lelaki tempatan serta warga asing manakala mangsa merupakan lelaki warganegara Australia.

“Mangsa telah dipukul secara beramai-ramai dan salah seorang daripada suspek telah menggunakan objek dipercayai senjata tajam sehingga mendatangkan kecederaan kepada mangsa di bahagian belakang leher, badan dan telapak tangan.

Baca artikel berkaitan: Dua lelaki ditahan bergaduh di Kampung Pantai Kundor, KB

“Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur dan berada dalam keadaan stabil serta masih menerima rawatan di hospital sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Ashari berkata, polis masih meneruskan siasatan dalam usaha mengesan suspek lain yang masih bebas.

Jelasnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata yang boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh lima tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.

“Polis memohon kerjasama mana-mana saksi awam yang melihat kejadian itu untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This