SEPASANG kembar dibawah pengaruh alkohol yang bertindak mencederakan seorang lelaki di sebuah kedai serbaneka ditahan di dua lokasi berbeza, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, suspek masing-masing bekerja sebagai penjual ayam itu ditahan di Projek Perumahan Rakyat Pinggiran Bukit Jalil dan Taman Puchong Utama pada pukul 11.10 dan 11.55 pagi.
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa telah didatangi seorang lelaki India dalam keadaan mabuk pada pukul 5.20 petang semalam.
Katanya, suspek yang menaiki motosikal bertindak memarahi mangsa kerana laluannya terhalang.
“Mangsa telah menerangkan kepada suspek bahawa dia sedang menurunkan stok barang tetapi suspek kemudian bertindak agresif dengan memaki, memarahi mangsa sebelum memecahkan cermin sisi lori,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Suspek kemudian bertindak masuk ke dalam stor dan menyerang mangsa sebelum tiba-tiba didatangi seorang lagi.
Baca artikel berkaitan : Polis buru lelaki mabuk pecah cermin kereta abang
“Kedua-dua suspek bertindak masuk ke dalam stor kedai dan cuba menyerang mangsa di bahagian kepala dan tangan dengan penanda harga,”tambahnya.
Mohamad Farouk berkata, akibat kejadian tersebut, mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala dan tangan telah menerima rawatan di Hospital Ampang.
“Mangsa menerima tiga jahitan di tangan kanan dan dua jahitan di tangan kiri,” katanya.
Mengulas lanjut, suspek masing-masing berusia 36 tahun itu merupakan pasangan kembar dan akan dihadapkan ke Mahkamah Ampang, esok bagi permohonan reman.
Katanya, salah seorang suspek mempunyai lima rekod lampau manakala seorang lagi mempunyai tiga rekod lampau dalam kesalahan jenayah dan dadah.
“Saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine”.
Sehubungan itu, kes kini disiasat dibawah Seksyen 324 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

