Polis buru lelaki mabuk pecah cermin kereta abang

Dari Penulis

POLIS kini memburu seorang lelaki yang bertindak memecahkan cermin kereta di parkir Flat Sri Perak, Sentul pada 5.17 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki warga tempatan pada pukul 9.11 malam.

Beliau berkata, suspek berusia 24 tahun itu merupakan adik kepada pengadu dan berada dalam keadaan mabuk dalam kejadian terbabit

“Suspek bertindak memecahkan cermin, membaling objek dipercayai batu, mematahkan pemegang pintu kereta dan mencabut bilah penggelap cermin hadapan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Samseng pecah cermin kereta wanita ditangkap

Sehubungan itu, kes kini disiasat dibawah seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Eng Lai berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat terhadap insiden ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah Sentul di talian 03-40482222.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This