SEORANG penunggang motosikal cedera parah dirempuh kereta selepas melanggar lampu merah di persimpangan lampu isyarat Jalan Batu Unjur, pukul 7.15 pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, mangsa cedera parah di kaki, kepala dan paru-paru dan telah dihantar ke unit rawatan rapi Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Kata beliau, pihaknya menerima aduan membabitkan kejadian daripada pemandu kereta pada pukul 3.47 petang, hari yang sama.
“Ketika kejadian pemandu sedang bergerak dari Taman Bayu Perdana dan tetap meneruskan perjalanan ketika sampai di lokasi kejadian kerana isyarat lampu berwarna hijau.
Baca artikel berkaitan : Dua beranak maut kemalangan motosikal selepas langgar ayam hutan
“Penunggang motosikal secara tiba-tiba datang dari arah kiri simpang dan membuatkan pemandu tidak sembat brek lalu menyebabkan berlaku perlanggaran antara dua kenderaan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, kes kini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

