Suri rumah didakwa buat laporan polis palsu berhubung institusi milik NGO

Dari Penulis

Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini atas pertuduhan membuat laporan polis palsu berhubung sebuah institusi milik badan bukan kerajaan (NGO).

Zuraina Zamri, 45, didakwa membuat laporan palsu dengan memberikan maklumat secara bertulis kepada seorang anggota polis di Balai Polis Taman Sri Muda, Seksyen 25, Petaling pada 12.45 tengah malam, 21 Ogos lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Elyza Amira Habeeb Rahman mencadangkan jaminan RM3,000 dan Zuraina diminta tidak mengeluarkan kenyataan media yang boleh menjejaskan prosiding kes.

Peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid yang mewakili Zuraina memohon jumlah itu dikurangkan kerana ini kali pertama anak guamnya didakwa dan susulan daripada itu anaknya yang berusia 20 tahun kini tular di media sosial.

Zuraina Zamri,45, (kanan) mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membuat laporan polis palsu mengenai dakwaan anaknya didera ala militan di sebuah Madrasah di Shah Alam selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel berkaitan: Ahmad Zahid tiba di Mahkamah Tinggi Shah Alam diiringi laungan ‘Hidup Presiden’

Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali membenarkan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin serta tertuduh dilarang mengeluarkan kenyataan media yang boleh mengganggu kes dan sebutan semula kes ditetapkan pada 15 Nov.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim menerusi kenyataan hari ini berkata wanita itu yang juga pengadu telah membuat laporan kira-kira 11 malam, 21 Ogos lepas mendakwa anaknya yang merupakan pelatih di sebuah madrasah telah dipukul, ditumbuk dan kepala diketuk oleh warden serta mahu mengeluarkan anaknya dari tempat terbabit.

Mohd Iqbal berkata susulan laporan itu, pihaknya mendapati anaknya dihantar ke pusat itu selama empat bulan bagi menjalani rawatan pemulihan ketagihan dadah. 

“Pada 23 Ogos, anak pengadu telah membuat satu laporan polis menyatakan dia tidak dipukul oleh pihak madrasah itu dan selang dua hari kemudian, lelaki berkenaan sekali lagi membuat laporan polis mengatakan dipukul oleh pihak yang sama. 

“Pemeriksaan lanjut telah dibuat terhadap mangsa di Hospital Shah Alam mendapati tiada sebarang kecederaan pada mangsa,” katanya. 

Mohd Iqbal berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan telah dirujuk ke pihak Timbalan Pendakwa Raya dan diputuskan tiada tindakan lanjut (NFA), namun pengadu kes itu dituduh di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan hari ini.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

13 Ahli Parlimen Bersatu desak parti keluar PN, dakwa Muhyiddin punca keretakan

SERAMAI 13 Ahli Parlimen Bersatu menggesa parti itu segera keluar atau dikeluarkan daripada Perikatan Nasional (PN), susulan keputusan Pas...

More Articles Like This