Dinding konkrit longkang runtuh: Pekerja kontrak Rohingya maut, dua cedera

Dari Penulis

SEORANG pekerja kontrak warga Rohingya maut manakala dua rakannya cedera apabila dinding konkrit longkang yang dalam pembinaan runtuh dan menghempap mereka di Indera Mahkota 15, di Kuantan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata kejadian dipercayai berlaku pada jam 4.05 petang dan mangsa Mohd Enus Karim Ullah, 29, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

Mangsa yang cedera ialah Ellyas Rohsit Ullah, 31, dan Mohammad Soyat Abulhasim, 44, dengan kedua-duanya dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini. 

“Siasatan awal mendapati konkrit simen setinggi 2.4 meter  runtuh dan menghempap semua mangsa yang sedang membuat longkang di sebelah konkrit tersebut,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini. 

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata 10 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota serta Kuantan dikejarkan ke lokasi kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit. – BERNAMA 


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This