Kes gangguan seksual: Ebit hadir ke mahkamah

Dari Penulis


PENDAKWAH popular, Ebit Lew tiba  di Mahkamah Majistret Tenom hari ini untuk menghadiri perbicaraan hari pertama kes pertuduhan gangguan seksual yang dikaitkan dengan dirinya.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim tiba di perkarangan mahkamah, kira-kira 9 pagi, dengan menaiki pacuan empat roda Toyota Land Cruiser warna hitam, dan diiringi beberapa kenderaan lain.

Beliau yang memakai baju kemeja serba hitam serta berkopiah putih, ditemani peguam serta sekumpulan individu, kelihatan tenang dan memberikan senyuman ketika memasuki pintu utama mahkamah.

Ebit, pada 18 Februari lalu, didakwa atas 11 pertuduhan membabitkan hantaran gambar serta perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsApp.

Semua kesalahan itu didakwa berlaku ke atas seorang wanita Melayu di daerah Tenom antara Mac hingga Jun 2021.

Ebit didakwa di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali, bagi setiap pertuduhan.

Dakwaan terhadap Ebit dilakukan susulan laporan polis yang dibuat pada 7 Ogos 2021.

Perbicaraan kes gangguan seksual yang dikaitkan dengan Ebit Liew dijadual berlangsung dari 27 hingga 30 September.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This