Lelaki ditipu 17 keping RM100 palsu ketika COD telefon

Dari Penulis

SEORANG lelaki terpaksa berputih mata apabila menerima 17 keping wang kertas palsu RM100 daripada seorang wanita yang membeli telefon bimbitnya pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa mula menyedari duit kertas tersebut adalah palsu sewaktu mahu mendepositkan wang di mesin deposit tunai (CDM).

Mengulas lanjut, mangsa telah mengiklankan jualan telefon bimbitnya di laman Facebook dan suspek seorang wanita Melayu telah bersetuju dengan tawaran harga tersebut.

Katanya, mangsa telah bertemu di sekitar pasar raya dekat Bandar Teknologi Kajang bagi membuat urusan jual beli tersebut.

“Suspek menaiki kereta jenis Kia Cerato coklat yang dipandu seorang lelaki telah menyerahkan wang tunai sebanyak 17 keping wang kertas RM100 dan lima keping wang RM50 dimana kesemuanya bernilai RM1,950,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Zaid berkata, kes kini disiasat dibawah Seksyen 489B Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan berwaspada dengan modus operandi penipuan menggunakan wang disyaki palsu seperti ini.

Baca artikel berkaitan : Gara-gara nak beli iPhone murah, wanita ditipu scammer

Sebagai langkah pencegahan, orang ramai dinasihati sentiasa berhati-hati dan tidak berurusan secara terburu-buru semasa membuat urusan pembelian secara tunai atau Cash On Delivery (COD).

Terdahulu, tular sebuah hantaran di Facebook yang dimuat naik oleh mangsa dikenali sebagai Asyraff Akra mengenai kejadian tersebut.

“Dugaan terkena atas diri sendiri.. jual phone nak rolling mula meniaga sekali kena tipu..note rm100 tu duit palsu.. Note rm50 je betul.

“Serius aku tak perasan.silap aku terlalu percaya manusia bertudung litup. Sama bangsa pun nak tipu.

“Takpa la kak&abang..selamat maju jaya merangkak mencari aku dan isteri aku di padang mahsyar nanti..nanti kita gather gather balik yer,” tulis mangsa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anggota MALBATT 850-13 bertugas di Selatan Lubnan selamat – ATM

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan bahawa seluruh anggota MALBATT 850-13 yang sedang bertugas di Selatan Lubnan berada dalam keadaan...

More Articles Like This