Mereka istimewa, bukan ingin jadi ‘tiang’ lihat bapa jatuh motosikal

Dari Penulis

TULAR sebuah klip video memaparkan insiden seorang bapa terjatuh dari motosikal ketika menghantar anak perempuannya di sebuah sekolah menengah di Besut, Terengganu, pagi semalam.

Video terbabit mengundang banyak kecaman apabila si anak perempuannya yang lengkap berpakaian seragam sekolah itu dilihat hanya berdiri tegak umpama “tiang” sambil memandang sekeliling tanpa bertindak membantu bapanya.

Tidak lama kemudian, datang seorang pemuda berkain pelikat dilihat datang membantu mengangkat bapa remaja tersebut.

Namun, di sebalik kecaman yang dilontarkan netizen tanpa usul periksa itu ada kisah kenapa mereka sekadar melihat si ayah jatuh.

Memetik satu hantaran yang dibuat Sekolah Menengah Kebangsaan Nasiruddin Shah, di laman Facebook, remaja terbabit merupakan murid istimewa.

“Pelajar kita ni pelajar lembam dan lambat bertindak balas bila disuruh dan tak boleh membaca pun.

“Kasihan pelajar ni semua komen mengutuk kononnya malu dengan ayahnya. Berdosa orang menyebar tanpa mengetahui kebenaran.

“Berhati-hati dalam mengejar “like”, tak semua yang kita lihat itu seperti sangkaan kita. Tidak perlu komen negatif,” kata hantaran tersebut.

Bagaimanapun, hasil tinjauan mendapati hantaran tersebut sudah dipadamkan.

Sementara itu, tinjauan UtusanTV di ruangan komen mendapati rata-rata warganet mengecam hebat tindakan remaja tersebut.

“Budak tak sedar diri..makan pakai ayah tanggung berlagak…Klau dh besar macamana la agaknya.semoga adik ni berubah…Doa yg baik2 je,” tulis Siti Ramlah.

“Kalau ayah hantar ke sekolah patut si anak bersyukur,…budak zaman sekarang mmmm….,” ujar Jamal Md Hanafiah.

Bagaimanapun, terdapat juga warganet yang bersangka baik bahawa remaja tersebut merupakan golongan istimewa.

“Anak istimewa tuu..takkan la klau anak tu normal dia nk tgk sja..tgk gaya dia pun tau anak istimewa..lebih baik padam jaa min,” kata Acik Krie.

“Nmpk macam xnormal budak tuu,tengok dari bahasa badan dia,” ujar Zarul Muhamad.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This