Bajet 2023 dibentang semula jika PRU-15 masa terdekat

Dari Penulis

RANG Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2023 atau Bajet 2023 perlu dibentangkan semula sekiranya Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dalam masa terdekat.

Perkara tersebut dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun seperti dipetik Sinar Harian, hari ini.

Menurut Azhar, pembentangan semula Bajet 2023 perlu dilakukan jika RUU berkenaan tidak sempat diluluskan untuk memberi laluan kepada PRU-15.

Beliau berkata, kerajaan baharu yang terbentuk selepas PRU-15 perlu membentangkan semula Bajet 2023 bagi peringkat bacaan kali pertama dan seterusnya.

“Kalau ada pilihan raya maka akan ada satu kerajaan yang baharu. Kerajaan baharu perlu buat bacaan pertama semula.

“Sebab ini bajet, ia tidak mengikat kerajaan,” katanya ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra Yang Dipertua Dewan Rakyat Bersama Rakan Media di Bangunan Parlimen, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Bajet 2023: Cuepacs minta sebulan gaji untuk penjawat awam

Spekulasi mengenai Parlimen akan dibubarkan selepas Bajet 2023 dibentangkan semakin bertiup kencang.

Ia bagi memberi laluan kepada PRU-15 dilaksanakan sebelum musim tengkujuh yang membawa kepada bencana banjir berlaku.

Sementara itu, ketika ditanya adakah pihaknya akan menerima notis sebelum pembubaran Parlimen, Azhar berkata, Dewan Rakyat tidak akan menerima sebarang notis.

“Pembubaran Parlimen adalah di bawah kuasa Perdana Menteri yang akan menasihati Yang di-Pertuan Agong.

“Tapi pada masa sama, Agong juga mempunyai budi bicara untuk menolak nasihat tersebut. Itu undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

13 Ahli Parlimen Bersatu desak parti keluar PN, dakwa Muhyiddin punca keretakan

SERAMAI 13 Ahli Parlimen Bersatu menggesa parti itu segera keluar atau dikeluarkan daripada Perikatan Nasional (PN), susulan keputusan Pas...

More Articles Like This