‘Saya tidak boleh prasangka’ berhubung isu empat Ahli Parlimen Sabah keluar parti – Speaker

Dari Penulis

SEBARANG makluman berkenaan kekosongan kerusi Parlimen di Sabah akan diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat selepas menerima notis mengenai tindakan lompat parti.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, mengikut lunas perundangan beliau ditugaskan untuk menentukan kekosongan kerusi selepas diberikan notis.

Bagaimanapun, Azhar enggan mengulas lanjut ketika ditanya berkenaan situasi didepani oleh empat Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah yang bertindak keluar parti.

“Saya tidak boleh prasangka (prejudge) perkara itu,” katanya seperti dilapor Berita Harian hari ini.

Baca artikel lain: Empat Ahli Parlimen Bersatu Sabah hilang kerusi bila umum keluar parti – Wan Junaidi

Sabtu lalu, pemimpin Bersatu Sabah termasuk semua wakil rakyatnya mengumumkan keluar daripada parti itu.

Dalam satu kenyataan, Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor berkata, keputusan itu dibuat selepas menimbangkan landskap politik Malaysia ketika ini terutama di Sabah.

Mengikut Undang-Undang Anti-Lompat Parti yang dibuat melalui pindaan Perlembagaan Persekutuan, Ahli Parlimen akan kehilangan kerusi jika mereka melompat ke parti lain.

Pengecualian untuk Ahli Parlimen yang dipecat parti atau jika parti mereka dibubarkan atau dibatalkan pendaftaran.

Berdasarkan prosedur, Ahli Parlimen akan memaklumkan Speaker berlaku kekosongan dan selepas pengesahan, beliau akan memberitahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya kerusi itu diisi dalam masa 60 hari.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This