Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resipi lala masak kam heong yang Saji kongsikan ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN-BAHAN
1 kg lala
4 ulas bawang putih – ketuk
2 ulas bawang merah – cincang
3 cm halia – hiris
2 sudu besar udang kering – kisar
2 tangkai cili merah – tumbuk
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos soya
1 sudu besar rempah kari
3 tangkai daun kari
150 ml air
200 ml minyak bijan
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah. Kemudian masukkan udang kering, cili merah, halia dan rempah kari.
  2. Tuangkan air dan tambahkan garam secukup rasa. Kemudian masukkan lala, sos tiram dan sos soya.
  3. Gaulkan sebati dan masak seketika sehingga kulit lala terbuka.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Kuah asam pedas restoran ni memang sedap. Resipi asli dari Muar, Johor #makanlokal #malaysianfood #malaysianfoodie #myfoodie #asampedas #asampedasparitjawa ♬ Pink Venom – BLACKPINK

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram