KHAS buat penggemar dan ‘penggila’ koleksi barangan terpakai, Grateful Campbell Fest wajib menjadi lokasi yang perlu dituju hujung minggu ini.
Bertempat di pusat beli-belah tertua di Kuala Lumpur iaitu Kompleks Campbell, Grateful Campbell Fest bakal menampilkan pelbagai barangan terpakai mulai esok hingga Ahad ini.
Festival bermula pukul 10 pagi yang menghimpunkan lebih 80 reruai itu tentunya dianggap ‘syurga’ bagi penggemar barangan ‘bundle’ dan ‘thrift’.
Lebih menarik, rata-rata reruai yang menyertai Grateful Campbell Fest adalah ‘kedai dalam talian’ terkenal di media sosial yang mempunyai jumlah pengikut yang ramai.
Ketua Pegawai Operasi Bahagian Hartanah dan Perkhidmatan Kumpulan Shapadu, Zarimah Mohamed berkata, acara ini julung kalinya diadakan buat peminat barangan antik.
Baca artikel berkaitan : Campbell Merdeka Fest anjur Sepetang Santai Seni, perkasa seni sastera Melayu
“Selain itu, acara ini juga bertujuan menaikkan nama Kompleks Campbell sekaligus membantu peniaga-peniaga kecil yang terkesan akibat penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya ketika dihubungi UtusanTV.
Jelasnya, kebanyakkan peniaga yang terlibat tidak mempunyai tapak untuk berniaga manakala sebilangan lagi hanya memiliki gerai kecil.
Mengulas lanjut, pihaknya menjangkakan seramai 5,000 pelanggan akan hadir setiap hari bagi memeriahkan acara jualan ini.
Malah, pengunjung juga boleh berhibur dengan acara nyanyian ‘busker’ dan memenangi hadiah bernilai ribuan ringgit menerusi acara cabutan bertuah.

“Syaratnya mudah dengan hanya menekan tanda suka di Facebook Grateful Campbell Kuala Lumpur dan Instagram @campbell.complex serta @campbellfestkl ,” katanya.
Jelasnya, antara penaja hadiah ialah The Campbellian, Grand Campbell Hotel, Zolo Collection, Garasi Tv, Rock, Station Search, Jaie Nebiula Production Campbell, Mamat Records Mamat Fest, Dendang Perantau Campbell, Bozco Vintage Campbell, Iron Bridge Campbell, Spyder 46 Campbell, OneAin Campbell, Bro Mie Otai, Nkuc, Jprecords Campbell, Amir Grateful Campbell, Omar Karunguni, Pro Bundle, Foot Bloody loose, Ali Allteration, Musixhub dan Thrift8store.
Sementara itu, penganjur Grateful Campbell Fest, The Campbellian iaitu Amirkhattab, Johane Putra dan Farid Yunus mengharapkan acara jualan ini mampu membangkitkan kembali semangat peniaga kecil untuk terus berniaga.
Katanya, acara ini juga merupakan antara acara jualan barangan terpakai terbesar yang diadakan di Kuala Lumpur dengan pengunjung tidak dikenakan bayaran masuk bagi melihat koleksi barangan vintaj ini.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

