Fesyen kitar semula: SMK Tat Beng cipta sejarah tersendiri

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SEKOLAH Menengah Kebangsaan  (SMK) Tat Beng mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menganjurkan Pertandingan Inovasi Pakaian Pengantin Daripada Bahan Kitar Semula buat pertama kali semalam.

Pertandingan itu berjaya menarik minat seramai 35 peserta yang mana 30 peserta dari SMK Tat Beng manakala lima lagi peserta dari SMK Toh Johan.

Dibahagikan kepada tujuh kumpulan, setiap peserta diberi masa 10 hari untuk menghasilkan rekaan gaun pengantin menggunakan bahan-bahan terpakai seperti surat khabar lama, plastik sampah, tisu, kain rentang dan sampul kertas A4.

Terdapat tujuh kategori yang dipertandingkan iaitu The Most Outstanding Award; The Best Corset Gown Award; The Best Sillhoutte; The Best Sleeve Design Award; The Best Collar Design Award; The Best Waist Line Design Award dan The Best Finishing Accessories Award.

SMK Tat Beng selaku tuan rumah berjaya memenangi enam kategori yang dipertandingkan manakala SMK Toh Johan berjaya memenangi kategori The Best Finishing Accessories Award.

Para guru SMK Tat Beng dan SMK Toh Johan bergambar bersama-sama pemenang-pemenang Pertandingan Inovasi Pakaian Pengantin Daripada Bahan Kitar Semula.

Menurut seorang daripada mentor pasukan SMK Tat Beng, Norhapiza Sulaiman, semua peserta  menunjukkan keyakinan dan komitmen tinggi untuk menghasilkan gaun terbaik dalam pertandingan itu.

Jelas beliau, gaun pengantin yang dihasilkan para peserta juga adalah di luar jangkaan walaupun dihasilkan hanya menggunakan bahan terpakai.

“Semua peserta menunjukkan kesungguhan dan minat untuk menghasilkan gaun pengantin terbaik walaupun berdepan dengan kekangan masa.

“Kebiasaannya para peserta hanya meluangkan beberapa jam selepas tamat waktu persekolahan untuk menyiapkan gaun pengantin ini.

“Semua para guru berbangga dengan komitmen dan kejayaan pelajar dalam pertandingan ini khususnya Pengetua SMK Tat Beng, Ahmad Fariz Yusof dan Penyelaras Program, Nor Atiqah Mohammad Ali,” katanya.

Pengetua SMK Tat Beng, Ahmad Fariz Yusof.

Baca lagi: KPM harap kadar baharu RMT dipertimbang dalam Bajet 2023

Mengulas lanjut, Norhapiza berkata, peserta yang terlibat dalam pertandingan itu terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga 5.

Ujar beliau, melihat kepada sambutan dan hasil rekaan pelajar dalam pertandingan itu, Pengetua SMK Tat Beng tidak menolak kemungkinan untuk menganjurkan edisi kedua pada masa akan datang.

Tambahnya, selain mencungkil bakat dan kreativiti pelajar dalam bidang reka fesyen, tema kitar semula juga adalah bertujuan untuk memupuk semangat cinta kepada alam sekitar.

Untuk rekod, pertandingan itu dianjurkan Persatuan Tingkatan Enam (PERTINAM) SMK Tat Beng yang mana sebagai pendedahan kepada mereka untuk menganjur dan menguruskan sesuatu program.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This