Tangkap layar memaparkan mangsa diculik sekumpulan lelaki di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Tumpat. (Gambar kecil) Mangsa, Rosnazirah Mohd Naim.

SEORANG ejen kosmetik diculik di Kampung Semat Jal, Palekbang, Tumpat pada 13 September lalu berjaya diselamatkan pihak berkuasa Thailand dan telah dibawa pulang ke Malaysia pada hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berkata, pihaknya berjaya menjejaki lokasi mangsa di Thailand menerusi kerjasama erat dengan Polis Diraja Thailand.

Beliau berkata, seramai tujuh orang lelaki warga tempatan telah ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 3(1) Akta Culik 1961.

“Turut dirampas sebuah kenderaan yang digunakan suspek untuk melarikan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam ini.

Jelasnya, pihak polis juga menzahirkan penghargaan kepada Polis Diraja Thailand dan kedutaan Malaysia di Thailand atas kerjasama dalam usaha membantu menyelamatkan mangsa.

Baca artikel berkaitan : Polis Narathiwat edar gambar ejen kosmetik mangsa culik

Sehubungan itu, masyarakat diseru agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kejadian yang menyalahi undang-undang dalam membanteras kegiatan jenayah.

Terdahulu, UtusanTV melaporkan mangsa Rosnazirah Mohd Naim 36, dibawa lari dengan menaiki kereta Jenis Toyota Vios berwarna perak dalam kejadian 4.10 petang itu.

Malah, klip video rakaman kejadian culik terbabit juga tular memaparkan aksi mangsa dibawa lari oleh sekumpulan lelaki.

Polis Thailand juga telah membantu mengedarkan gambar mangsa kes culik di Tumpat ke 19 buah balai polis di Wilayah Narathiwat bagi membantu mengesan wanita itu.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram