SEORANG lelaki Bangladesh maut manakala seorang lagi cedera dilanggar sebuah kenderaan ketika melintas jalan di Lebuhraya Sprint susur lebuh Bandar Utama, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada pukul 9.01 pagi.

Siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa warga Bangladesh dilanggar sebuah kenderaan dengan nombor pendaftaran tidak pasti sewaktu melintas jalan.

“Mangsa berusia 38 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat di bawa ke Hospital Sungai Buloh bagi bedah siasat, manakala seorang lagi mangsa berusia 44 tahun cedera di bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam ini.

Baca artikel berkaitan : Tikam mati kekasih sebelum terjun dari tingkat lapan apartmen

Jelasnya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, saksi kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Khairil Helmi Mohamad Isa di talian 019-3318339.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram