Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed GAMBAR: Abd Razak Aid

JUALAN Murah Keluarga Malaysia (JMKM) Siswa akan bermula di 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pada 16 Okt ini, kata Anggota Pasukan Jihad Tangani Inflasi Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“JMKM Siswa dijangka memberi faedah kepada 589,879 siswa dan program ini berbeza daripada JMKM sedia ada dari segi bahan jualan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Jihad Tangani Inflasi ke-19 hari ini.

Mustapa yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) berkata item jualan bagi JMKM Siswa kini sedang dimuktamadkan namun secara umumnya ia melibatkan barangan keperluan siswa seperti alat tulis, makanan kering dan salinan cetakan.

Beliau berkata JMKM Siswa akan dilaksanakan dua hari dalam setiap minggu sehingga 31 Dis ini.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) diberi tanggungjawab bagi pelaksanaan JMKM Siswa dengan kerjasama kedai koperasi, pusat keusahawanan di institut pengajian tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Baca artikel berkaitan: Konsep Jualan Murah Keluarga Malaysia mungkin diperluas ke IPTA

Pada 15 Sept lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika berucap pada Majlis Kemuncak Semarak Patriotik IPT 2022 di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Kuala Lumpur mengumumkan JMKM akan diperluaskan di IPTA dan institut pengajian tinggi swasta bermula Oktober tahun ini.

Mengenai [email protected] Dagang bagi tempoh 12 hingga 17 Sept lepas, Mustapa berkata dianggarkan 10 juta rakyat telah menerima manfaatnya dalam bentuk diskaun, rebat dan subsidi penghantaran.

“Sejumlah RM543.47 juta nilai barangan dagangan telah dijana melalui 11 juta transaksi urus niaga pada minggu ketiga pelaksanaan,” katanya, serta menambah kira-kira 241,000 peniaga telah menerima manfaatnya antara 49,000 peniaga baharu dan 91,000 pengusaha wanita.

[email protected] Dagang dilancarkan pada 3 Sept dan agensi pelaksananya ialah Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bersama rakan platform digital seperti Fave, FoodPanda, Grab, dan Lazada.

Ia membolehkan rakyat Malaysia berbelanja pada harga yang berpatutan bagi barangan harian seperti produk keperluan asas dan runcit, makanan dan perkakas rumah yang boleh didapati dengan potongan diskaun sehingga 20 peratus atau maksimum RM100 untuk setiap transaksi.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram