Konsep Jualan Murah Keluarga Malaysia mungkin diperluas ke IPTA

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KONSEP program Jualan Murah Keluarga Malaysia yang akan dilaksanakan mulai Ahad ini mungkin akan diperluas ke 20 kampus institut pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara.

Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, cadangan tersebut telah diutarakan wakil-wakil persatuan pelajar sewaktu pertemuan beliau dengan golongan tersebut, hari ini.

Menurut Annuar, beliau akan membawa cadangan tersebut dalam mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi minggu hadapan untuk meneliti mekanisme terbaik mengadakan konsep Jualan Murah Keluarga Malaysia itu di kampus IPTA.

Beliau berkata, pasukan khas itu mempunyai masa mencukupi untuk mengadakan perbincangan kerana kampus IPTA hanya akan dibuka semula pada pertengahan bulan September dan awal Oktober.

Oleh itu, Annuar turut menjangkakan pelaksanaan konsep jualan itu mulai bulan Oktober apabila sesi pengajian disambung semula.

“Kita mengambil sikap terbuka terhadap pandangan dikemukakan pemimpin pelajar itu dan saya akan bawa perkara ini dalam mesyuarat kita minggu hadapan untuk memperlihat kemungkinan untuk memperluas konsep Jualan Murah Keluarga Malaysia khusus dalam kampus.

Baca artikel berkaitan: Program Jualan Murah Keluarga Malaysia mulai 19 Ogos

“Oleh kerana keperluan perkhidmatan atau barangan di kampus agak berbeza dengan keperluan keluarga di luar kampus, maka ia perlu pada satu perbincangan tentang mekanisme bagaimana perkara ini boleh dilakukan.

“Pada prinsipnya kita bersetuju dengan cadangan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, hari ini.

Sebelum ini, Annuar memberitahu, program Jualan Murah Keluarga Malaysia akan mula dilaksanakan Ahad ini.

Program jualan yang memberi akses kepada rakyat mendapatkan barangan lebih murah setiap minggu itu akan diadakan selama 18 minggu sehingga akhir tahun ini di 639 Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Akses portal 2 Ahli Parlimen PKR disekat kerana pilih gerakan menentang kerajaan

PKR menegaskan tindakan menyekat akses portal MyKhas untuk dua Ahli Parlimennya adalah kerana mereka memilih untuk bersama dengan gerakan...

More Articles Like This