BEBERAPA buah institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) di kawasan yang dilanda banjir telah mengaktifkan bilik gerakan banjir.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan, ia bagi memudahkan mangsa khususnya pelajar untuk mendapatkan maklumat, bantuan awal dan sokongan yang diperlukan.
“Taburan hujan yang tinggi sejak kebelakangan ini telah menyebabkan beberapa kawasan di negara kita terjejas akibat banjir.
“KPT menyeru seluruh warga IPT untuk sentiasa berwaspada, menjaga keselamatan, mematuhi arahan pihak berkuasa dan peka terhadap keadaan sekeliling,” katanya menerusi hantaran di media sosial.
Baca artikel lain: JAWI siasat pihak keluarkan cakera brek motosikal ada lambang lucah
IPTA tersebut adalah Universiti Utara Malaysia, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Malaysia Kelantan, Politeknik Kuala Terengganu dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
Ketika ini, seramai 20,146 mangsa banjir ditempatkan di 119 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan negeri, dengan Pahang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir pagi ini.
Separuh daripada mangsa banjir datang dari Kelantan iaitu 9,959 orang dari 3,643 keluarga pagi ini berbanding 9,882 malam tadi dengan 40 PPS dibuka di empat jajahan terjejas.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

