DATUK Dr Puad Zarkashi menyarankan agar Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang dikemudi Tan Sri Muhyiddin Yassin dibubarkan.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata, ia kerana penubuhan MPN dilihat sekadar untuk menjaga ‘air muka’ Muhyiddin selepas Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu hilang kuasa sebagai Perdana Menteri.
Jelasnya, pelantikan Muhyiddin sebagai Pengerusi MPN sekadar syarat kehilangan jawatan tertinggi dalam negara selepas 17 bulan mentadbir.
“Sememangnya tiada keperluan bagi penubuhan MPN, apatah lagi untuk meneruskannya.
“Ia merupakan inisiatif Muhyiddin ketika beliau masih menjadi Perdana Menteri, yang semata-mata untuk menutup kelemahan kerajaan dalam menguruskan ancaman pandemik Covid-19.
“MPN cuba dijadikan bukti bahawa kerajaan amat serius bertindak untuk memulihkan ekonomi, jadi penubuhannya bermotif politik. Ia sama taraf dengan Majlis Penasihat Kerajaan yang turut gagal,” katanya memetik laporan FMT.
Baca lagi: Fungsi MPN bercelaru, Muhyiddin gunakan sebagai propaganda politik – Zahid
Mengulas lanjut, Puad turut melihat MPN tidak dapat berfungsi dengan baik selepas Muhyiddin acap kali mengeluarkan kenyataan menyerang kerajaan.
Terbaharu, Muhyiddin turut melabelkan Barisan Nasional (BN) sebagai musuh utama Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 nanti.
“Daripada membazir dan membuang masa, baik MPN dibubarkan dan Muhyiddin tutup kedai.
“Sudah pasti kerajaan ada cara lain untuk memulihkan ekonomi negara,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

