Fungsi MPN bercelaru, Muhyiddin gunakan sebagai propaganda politik – Zahid

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TAN Sri Muhyiddin Yassin didakwa menggunakan Majlis Pemulihan Negara (MPN) sebagai platform untuk mengabsahkan propaganda politiknya semata-mata.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mendakwa, Muhyiddin sering menggunakan cadangan-cadangan MPN sebagai peluru politik dalam kempen terutama di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor.

Kata beliau, Ahli Parlimen Pagoh itu menggambarkan seolah-olah kerajaan akan gagal sekiranya cadangan MPN tidak dilaksanakan.

Sedangkan, Ahmad Zahid berkata, rakyat Malaysia tahu bahawa MPN hanya menasihat dan memberikan cadangan kepada kerajaan.

Justeru, Ahmad Zahid sekali lagi mengulangi gesaan supaya MPN dibubarkan kerana didakwa tidak mempunyai fungsi jelas malah bertindih dengan fungsi badan pemikir dan agensi-agensi kerajaan lain yang bertindak sebagai penasihat serta pelaksana.

“Menteri Kabinet pula sentiasa menyelaras fungsi-fungsi agensi dan membawa sebarang dasar yang dicadangkan di peringkat kementerian untuk dipertimbangkan oleh Kabinet sebelum dilaksanakan.

“Itu sahaja sudah mencukupi untuk kerajaan berfungsi dan berjalan dengan baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: MPN tiada kuasa melaksana – Muhyiddin

Selain fungsi MPN yang didakwa bercelaru, Ahmad Zahid menegaskan Pengerusi MPN yang bukan seorang Perdana Menteri juga dilihat melemahkan majlis itu sendiri.

Katanya, meskipun MPN dianggotai pakar dalam bidang berkaitan, namun keberadaan Pengerusi MPN yang bukan ketua eksekutif menjadikan sebab pelaksanaan cadangan majlis itu kurang keazaman politik dan mungkin juga dilihat tidak perlu.

“Adat memberi cadangan, jika diterima kita bersyukur dan jika tidak, mungkin ada cadangan yang lebih baik.

“Maka, Muhyiddin tidak perlu berkeluh kesah seakan kerajaan telah menidakkan peranan MPN atau MPN telah gagal.

“Dengan kerajaan melaksanakan 16 daripada 69 cadangan majlis itu sendiri menunjukkan bahawa kerajaan masih mengambil serius pandangan majlis meskipun kewujudannya tidak jelas, tidak perlu dan bertindih,” jelas beliau.

Semalam, Muhyiddin menyuarakan kekecewaannya apabila hanya 16 daripada 69 perakuan berkaitan isu utama yang diusulkan majlis itu, dilaksanakan kerajaan.

Menurut Muhyiddin, 30 daripada 69 perakuan berkenaan masih dalam pelaksanaan, 14 lagi belum dilaksanakan atau tiada maklum balas daripada kementerian atau agensi berkaitan, manakala sembilan lagi masih menunggu keputusan Kabinet.

Antara perakuan utama dikemukakan MPN yang Muhyiddin sifatkan prestasi pelaksanaannya tidak memuaskan, termasuk berkaitan isu kekurangan tenaga kerja asing, terutama bagi Perusahaan Mikro Kecil Sederhana (PMKS) yang menjejaskan produktiviti dan merencat proses pemulihan negara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

‘Tidak lekang di bibir kebergantungan mutlak kepada Allah’ – Asyraf Wajdi

SETIAUSAHA Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyifatkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai pemimpin muda...

More Articles Like This