Harimau kumbang ditangkap di parkir rumah penduduk dekat Semenyih

Dari Penulis

SEEKOR harimau kumbang berjaya ditangkap di parkir kenderaan sebuah rumah penduduk di Taman Pelangi Semenyih, petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 3.32 petang.

Sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih bersama jentera telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba empat minit kemudian dan mendapati benar terdapat seekor harimau kumbang di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, anggota bomba membantu mengosongkan kawasan sekitar ruangan parkir kenderaan dengan memasang jaring khas.

“Pihak Perhilitan kemudian menjalankan kerja membidik ubat pelali pada harimau kumbang sebelum anggota bomba membantu mengangkat haiwan tersebut ke dalam sangkar khas,” katanya.

Norazam berkata, harimau kumbang tersebut diserahkan kepada pihak Perhilitan bagi tindakan selanjutnya dan operasi tamat pada pukul 7.10 malam.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This