Guna Loyang 11 x 11 inci
BAHAN A:
525 gm gula kastor
1100 ml air
5 helai daun pandan
BAHAN B:
500 gm tepung beras cap teratai
50 gm tepung ubi
1 ½ sudu kecil garam halus
500ml santan pekat
1100 ml air
BAHAN C:
300 gm cendol
BAHAN D:
100 gula merah
CARA MENYEDIAKAN:
- Masak Bahan A sehingga mendidih.
- Satukan semua bahan B dan campurkan dengan bahan A.
- Bahagikan kepada dua bahagian: bahagian putih 800 ml dan selebihnya dimasak bersama gula merah.
- Bahagian putih dibahagikan lagi kepada dua bahagian, satu bahagian dicampur cendol.
- Mulakan melapis mengikut kreativiti, dikukus setiap satu lapis lebih kurang 5 minit. Lakukan sehingga selesai.
PESAN SAJI: Lap atas kuih sekiranya terdapat wap air, gunakan tisu dapur, kemudian sapukan minyak masak di atas permukaan kuih.


