Penumpang samun, larikan kereta pemandu Grab

Dari Penulis

SEORANG pemandu Grab disamun sebelum kereta miliknya dibawa lari oleh penumpang dalam satu kejadian di Kampung Baru, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, dalam kejadian pukul 11 malam itu, suspek turut mencederakan mangsa berusia 48 tahun.

Beliau berkata, kenderaan tersebut bagaimanapun telah dijumpai sema di Flat PKNS Kampung Baru dan terdapat kesan calar serta kemek.

“Tidak berlaku sebarang aksi kejar mengejar dan mangsa kini berada dalam keadaan stabil setelah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Noor Dellhan berkata, kes kini disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Balogun jadi wira, AS mula langkah kanan

TUAN rumah bersama Piala Dunia 2026, Amerika Syarikat (AS) memulakan kempen bagi edisi temasya bola sepak terbesar dunia itu...

More Articles Like This