Keputusan untuk bubar parlimen tiada kena mengena dengan parti politik – Ismail Sabri

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi peringatan yang sekiranya keputusan untuk membubarkan parlimen dibuat, tindakan itu tidak ada kena mengena dengan parti politik.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO menegaskan, tiada mana-mana parti boleh mempengaruhi Perdana Menteri berhubung soal pembubaran parlimen.

Tegas beliau lagi, kuasa untuk mencadangkan pembubaran parlimen terletak pada Perdana Menteri yang kemudiannya akan diputuskan Yang di-Pertuan Agong.

“Dulu PM umum, bubarlah parlimen. Mana ada parti-parti politik lain beri pandangan, campur tangan dari segi pembubaran.

“Dengan parti sendiri pun tak ada dulu,” katanya memetik laporan Malaysiakini.

Baca lagi: Istana Negara nafi PM menghadap Agong mohon bubar Parlimen hari ini

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, beliau akan mempertimbangkan semua pandangan sebelum memberi cadangan pembubaran kepada Seri Paduka.

Perdana Menteri juga masih belum memberi gambaran jelas berkenaan tarikh pilihan raya diadakan setakat ini.

Difahamkan, UMNO akan mengadakan perjumpaan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini dipercayai bagi membincangkan isu-isu berkaitan persediaan PRU-15.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi peringatan yang sekiranya keputusan untuk membubarkan parlimen dibuat, tindakan itu tidak ada kena mengena dengan parti politik.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO menegaskan, tiada mana-mana parti boleh mempengaruhi Perdana Menteri berhubung soal pembubaran parlimen.

Tegas beliau lagi, kuasa untuk mencadangkan pembubaran parlimen terletak pada Perdana Menteri yang kemudiannya akan diputuskan Yang di-Pertuan Agong.

“Dulu PM umum, bubarlah parlimen. Mana ada parti-parti politik lain beri pandangan, campur tangan dari segi pembubaran.

“Dengan parti sendiri pun tak ada dulu,” katanya memetik laporan Malaysiakini.

Baca lagi: Istana Negara nafi PM menghadap Agong mohon bubar Parlimen hari ini

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, beliau akan mempertimbangkan semua pandangan sebelum memberi cadangan pembubaran kepada Seri Paduka.

Perdana Menteri juga masih belum memberi gambaran jelas berkenaan tarikh pilihan raya diadakan setakat ini.

Difahamkan, UMNO akan mengadakan perjumpaan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini dipercayai bagi membincangkan isu-isu berkaitan persediaan PRU-15.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Dua anggota MALBATT cedera akibat serangan udara di Lubnan

DUA anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 cedera ringan selepas konvoi logistik yang mereka sertai terkena kesan sampingan daripada satu...

More Articles Like This