Tiga lelaki cedera parah dalam kemalangan dua lori

Dari Penulis

TIGA lelaki cedera parah dalam kemalangan melibatkan dua buah lori di Simpang 4, Padang Meha, Kulim, pagi tadi.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Zamani Ismail berkata, pihaknya menerima laporan membabitkan kejadian pada pukul 1.12 pagi.

Sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hitech dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba di lokasi dan mendapati tiga lelaki Melayu berusia 40-an cedera parah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan : Lori kapur terbalik, trafik sesak lebih dua jam dekat Bukit Beruntung

Jelasnya, mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 11.40 pagi dengan menggunakan peralatan khas sebelum dibawa ke Hospital Kulim.

Zamani berkata, pihaknya turut mengawal lalu lintas serta melaksanakan kerja pembersihan dan operasi tamat pada pukul 1.02 petang.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Bersatu persoal mesyuarat PN diteruskan ketika semakan JPPM belum selesai

BERSATU mempertikaikan tindakan Perikatan Nasional (PN) meneruskan Mesyuarat Majlis Tertinggi Tergempar gabungan itu walaupun Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM)...

More Articles Like This