Polis buru dua lelaki samun warga emas di Bandar Botanik, Klang

Dari Penulis

POLIS kini memburu dua lelaki yang bertindak melakukan jenayah samun terhadap seorang warga emas di Jalan Kasuarina, Bandar Botanik, Klang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, dalam kejadian puku 10.25 pagi itu, pengadu telah meletakkan beg bimbit di tempat duduk belakang sebelum disamun.

@utusantvofficial

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, mangsa berusia 66 tahun cedera ringan akibat terjatuh semasa cuba mengejar suspek. #fyp #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok

♬ Scary music horror mystery(1040775) – parts di manta

Beliau berkata, dua suspek yang menaiki motosikal telah berhenti berdekatan kereta pengadu sebelum salah seorang bertindak membuka pintu kereta dan mengambil beg bimbit lalu melarikan diri.

“Siasatan mendapati suspek berpakaian jaket hitam dan topi keledar bervisor gelap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, tiada sebarang senjata yang digunakan semasa kejadian, tetapi pengadu berusia 66 tahun mengalami kecederaan ringan akibat terjatuh semasa cuba mengejar suspek.

@utusantvofficial

Replying to @hafiz__0950 Yang nie kes Bandar Bukit Tinggi, Klang. Polis sahkan suspek sama yang kini diburu. Kejadian 3 OKT 2022. #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

“Pengadu mengalami kerugian sebanyak RM 350 dimana terdapat sebuah telefon bimbit dan dokumen kerja yang disimpan di dalam beg,” ujarnya.

Hoong Fong berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan dibawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melakukan samun berkumpulan.

“Polis sedang mempergiatkan usaha untuk mengesan dan menangkap suspek yang terlibat dalam kes ini,” ujarnya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat apa jua spekulasi dan boleh menyalurkan maklumat di talian 03- 33762222 bagi membantu siasatan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Remaja 17 tahun maut Honda Wave terlibat kemalangan dengan lori

SEORANG remaja berusia 17 tahun maut selepas motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori...

More Articles Like This