Bajet 2023 bentang atau tidak, tunggu esok – PM

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta semua pihak menunggu esok (Jumaat) bagi menjawab teka teki sama ada Bajet 2023 dibentangkan di Dewan Rakyat, ketika cakap-cakap mengenai pembubaran Parlimen semakin kencang.

“Macam-macam spekulasi ada, ada kata bentang, ada kata tak bentang, jadi lebih baik spekulasi itu diteruskan sampai esok, baru tahu jawapannya,” katanya kepada media selepas meninjau persiapan Bajet 2023 di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

“Tunggulah esok, kalau saya sebut bentang hari ini, sudah tiada ‘suspense’ (debaran),” katanya.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dijangka membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat pada pukul 4 petang esok.

Baca artikel berkaitan: Perdana Menteri tiba di Istana Negara menghadap Agong

Dalam tinjauan hari ini, Ismail Sabri bertemu dengan para petugas Kementerian Kewangan yang terbabit dengan penyediaan Bajet 2023 serta meninjau bilik operasi penyediaan bajet.

Beliau turut berterima kasih kepada petugas Kementerian Kewangan yang bertungkus lumus menyediakan Bajet 2023, dan menurutnya beliau mendapat maklumat kebanyakan mereka sudah tiga minggu tidur di kementerian bagi menyediakan belanjawan berkenaan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This