Muhyiddin dakwa ada usaha pecah belah gabungan parti dalam PN

Dari Penulis

PENGERUSI Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa terdapat usaha pihak tidak bertanggungjawab untuk memecah belahkan gabungan parti politik dalam gerakan itu.

Menurutnya, usaha itu disebabkan mereka bimbang dengan kekuatan PN yang menjadi gerakan politik yang kuat dan kukuh hingga tiada isu melemahkan gerakan tersebut.

“Bila gerakan ini sudah kuat dan kukuh, ada sahaja pihak yang berusaha memecah belahkan kita.

“Bukan nak tuduh sesiapa tapi mereka tahu kita kuat dan gabungan ini menjadi ancaman besar kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis pemberian watikah pelantikan ketua-ketua pilihan raya Parlimen Selangor, malam ini.

Menurut Presiden Bersatu itu, kekuatan PN yang disertai Bersatu, Pas, Gerakan, SAPP dan STAR menjadikan musuh politik gabungan itu bimbang dengan perpaduan dimiliki

“Jadi mereja ambik tindakan langsung dan tidak langsung untuk pecah belahkan kita.

“Untung kita sedar perkara ini dari awal,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhyiddin memberitahu, gabungan itu memutuskan untuk mengukuhkan kedudukan mereka menerusi cara berterus terang dan berbincang secara terbuka agar tiada perkara menjadi rahsia antara mereka.

Katanya, jika berlaku sesuatu perkara, beliau akan maklumkan kepada rakan sejawatnya dari Pas dan Gerakan agar menunjukkan keikhlasan dalam hubungan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Akmal cabar PM buang semua MP UMNO jika BN tiada peranan

KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, mencabar Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, menyingkirkan semua Ahli Parlimen UMNO daripada...

More Articles Like This