Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang. GAMBAR: Abd Razak Aid

ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan 20 anggota disiasat polis berhubung dua kes rompakan di Semporna, Sabah pada 15 dan 18 Ogos lepas.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, ATM akan memberikan kerjasama dan menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada polis.

Beliau menegaskan ATM tidak berkompromi dengan mana-mana pihak dalam isu melibatkan sebarang jenayah atau pelanggaran disiplin terutama dalam kalangan warga ATM.

“Ketegasan ini adalah penting kerana ia boleh mencemarkan imej ATM sebagai sebuah organisasi yang mendukung konsep integriti dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan.

Baca artikel berkaitan: Isu pencabulan kedaulatan oleh China perlu diberi lebih perhatian oleh ATM

“Semua pihak juga diminta tidak membuat sebarang spekulasi atau kenyataan yang boleh mengganggu proses siasatan kes berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat memberitahu seramai 20 anggota ATM ditahan kerana disyaki terbabit dalam dua kes rompakan di laut di perairan Pulau Siamil dekat Semporna.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rompakan berkumpulan dan suspek telah dijamin pada 25 Sept lepas dan kes masih dalam siasatan.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram