POLIS kini memburu pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang melakukan kesalahan jalan raya di persimpangan lampu isyarat dekat Rembau.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, pihaknya mengesan kejadian terbabit menerusi klip video yang tular di median sosial pada pukul 8.30 pagi tadi.

@utusantvofficial

Mesti ada benda yang berlaku sebelum tue 😁. 📽️ Azwan Rahim. #beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #fyp

♬ original sound – UtusanTV – UtusanTV

Beliau berkata, siasatan mendapati pemandu Perodua Alza dalam perjalanan dari Seremban ke Tampin.

“Sampai di lokasi, suspek telah bertindak memotong sebuah kenderaan di garisan berkembar dan meneruskan pemanduan ketika isyarat lampu masih merah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, pemandu yang menularkan video terbabit telah dipanggil untuk memberikan keterangan dan satu kertas siasatan telah dibuka oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik.

Katanya, kes disiasat di bawah Kaedah 17 LN 167/59.

Sejak pagi tadi, tular sebuah rakaman kamera papan pemuka memaparkan aksi Perodua Alza memandu secara melulu.

Malah, penumpang hadapan yang merupakan seorang wanita bertindak membuka tingkap lalu mengeluarkan kata-kata dipercayai perkataan kesat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram