LANGKAH Kementerian Pendidikan (KPM) tetap dengan pendirian untuk tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) menerima pujian Majlis Perundingan Melayu (MPM). GAMBAR: Abd Razak Aid

BERITA gembira kepada ibu bapa apabila Bantuan Awal Persekolahan dikekalkan kepada murid bagi menyediakan kelengkapan awal sekolah anak-anak.

Demi kebajikan murid-murid, Bantuan Awal Persekolahan tahun hadapan akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.

Ia merupakan sebahagian daripada RM55.6 bilion yang diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) dalam Belanjawan 2023.

Peruntukan kepada KPM itu juga kekal terbesar daripada keseluruhan anggaran perbelanjaan Persekutuan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan itu pertama kali diperkenalkan.

Menurut beliau, jumlah peruntukan yang disediakan juga meningkat kepada RM825 juta, jauh melebihi kadar ditetapkan tahun lalu iaitu RM450 juta.

Tengku Zafrul berkata, bantuan tersebut akan disalurkan pada Januari 2023.

“Selama ini telah meringankan beban ibu bapa berpendapatan RM3,000 ke bawah.

Baca artikel berkaitan: Belanjawan 2023: Kadar BKM meningkat

“Bermula tahun ini, Bantuan Awal Persekolahan telah dinaikkan kepada RM150.

“Tahun hadapan, bantuan ini akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapanya.

“Sebagai contoh, jika sebuah keluarga mempunyai tiga orang anak bersekolah, mereka layak menerima bantuan berjumlah RM450.

“Diharapkan bantuan ini dapat meringankan beban ibu bapa yang menyara anak-anak bersekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Bajet 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram