Belanjawan 2023: Kadar BKM meningkat

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

BELANJAWAN 2023 memberi khabar berita gembira apabila kadar Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) meningkat untuk semua kategori.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, bermula tahun hadapan, isi rumah dengan pendapatan kurang RM2,500 dan menanggung lima orang anak atau lebih layak menerima BKM sebanyak RM2,500.

Jelas beliau, BKM itu adalah kategori baharu sebagai usaha kerajaan meringankan beban keluarga yang menyara ramai anak.

Selain itu, katanya, bagi isi rumah yang mempunyai satu hingga empat anak pula, mereka layak menerima BKM sebanyak RM1,000 hingga RM2,000.

“Kepada isi rumah yang berpendapat RM2,500 hingga RM3,000, BKM yang disediakan adalah antara RM500 hingga RM1,250.

“Kepada warga emas yang tiada pasangan dan golongan bujang, mereka akan terus menerima BKM masing-masing sebanyak RM600 dan RM350 bergantung kepada pendapatan tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat hari ini.

Baca lagi: Tip Belanjawan 2023: Bersedia untuk air surut

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, bermula tahun hadapan, bantuan tambahan RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan akan diteruskan. 

Perkara itu menurut beliau, ibu atau bapa tunggal layak menerima bantuan maksimum sehingga RM3,000.

Katanya, kadar BKM maksimum itu meningkat berbanding RM2,500 tahun ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor bukan pilihan PH, namun tetap hormati demokrasi – Amirudin

PAKATAN Harapan (PH) mengakui Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan ketika rakyat dan negara sedang berdepan pelbagai cabaran ekonomi...

More Articles Like This