Belanjawan 2023: Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN hingga 20 peratus

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PEMINJAM Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bakal menikmati diskaun bayaran balik pinjaman sehingga 20 peratus.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, diskaun tersebut akan disediakan mulai 1 November 2022 hingga 30 April 2023.

Kata beliau, penyediaan diskaun tersebut bagi memudahkan pembayaran dan memupuk sikap bertanggungjawab peminjam.

Menteri Kewangan memaklumkan, diskaun sebanyak 20 peratus akan diberikan atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman.

“Kedua, diskaun 15 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

“Selain itu, diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Belanjawan 2023: ‘Durian runtuh’ buat penjawat awam

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, kerajaan juga bercadang melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM8,000 untuk simpanan bersih tahunan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sehingga tahun 2024.

Di samping itu, beliau memaklumkan, Perdana Menteri sebelum ini telah bersetuju menaikkan kadar pinjaman PTPTN serta menyediakan pinjaman komputer untuk kumpulan M40.

Katanya, Perdana Menteri turut mengumumkan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua pelajar yang mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama.

“Kepada peminjam PTPTN yang perlu membayar hutang mereka, tanggungjawab itu hendaklah dilunaskan.

“Ini sudah jelas malah menjadi tuntutan dalam agama. Jika tidak dibayar, kita menafikan hak anak-anak Keluarga Malaysia untuk meraih peluang yang sama,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pelajar Tingkatan 1 kritikal, terjatuh dari bangunan sekolah

SEORANG pelajar Tingkatan 1 dilapor berada dalam keadaan kritikal selepas dipercayai terjatuh dari bangunan sebuah sekolah menengah di Ipoh,...

More Articles Like This