IBU daripada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang melahirkan anak pada tahun 2023 akan diberikan bantuan tunai sekali beri sebanyak RM500.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pemberian itu di bawah inisiatif CahayaMata Keluarga Malaysia yang diperkenalkan bagi tahun 2023.
Kata beliau, perkara itu diberikan bagi meningkatkan kadar kelahiran dan dalam masa sama mengurangkan masalah kanak-kanak bantut.
Menurut Tengku Zafrul, inisiatif berkenaan akan memperuntukkan sejumlah RM150 juta.
“Menurut Jabatan Perangkaan, kadar fertiliti negara pada 1970 ialah 4.9 orang bayi untuk setiap wanita namun kini telah jatuh ke tahap terendah iaitu 1.7 orang bayi.
“Sementara itu, kanak-kanak daripada keluarga susah khususnya, berdepan dengan masalah malpemakanan sehingga mengganggu tumbesaran mereka lebih-lebih lagi sejak COVID-19 melanda.
“Jadi saya rasa, masih sempatlah lagi untuk ambil peluang mendapatkan zuriat pada tahun hadapan tapi kena ingat bahawa bantuan ini hanya kepada ibu kepada anak dan bukan kepada bapa,” selorohnya.
Baca artikel berkaitan: Belanjawan 2023: Bantuan Musim Tengkujuh ditambah kepada RM800
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, kerajaan juga bercadang mengecualikan cukai pendapatan ke atas pendapatan yang diterima buat golongan wanita.
Jelas beliau, pengecualian cukai itu mulai tahun taksiran 2023 hingga tahun taksiran 2028 bagi menggalakkan lebih ramai wanita kembali bekerja setelah mengambil tempoh career break.
Selain itu, bagi meringankan beban kewangan ibu bapa yang memberikan pendidikan awal kanak-kanak, Tengku Zafrul turut memaklumkan kerajaan bersetuju melanjutkan pelepasan cukai sehingga RM3,000 ke atas bayaran yuran taska dan tadika berdaftar.
Katanya, pelanjutan itu akan berlangsung sehingga tahun taksiran 2024.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

